Home » Pergilah Airmata by Hanni Ramsul
Pergilah Airmata Hanni Ramsul

Pergilah Airmata

Hanni Ramsul

Published
ISBN :
Enter the sum

 About the Book 

Noktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihatMoreNoktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? atau... mungkinkah segala yg berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yg menyapu langit... SABRINAMemang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dgn takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yg paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran tiap kali kau menagih perpisahan yg pernah aku janjikan? Cintakah ini? apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yg berlaku di antara kita? bagaimana cara utk aku hapuskan wajahmu yg terus menemani mimpiku? Di manakah noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL